Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Saturday, March 19, 2011

PROGRAM CAKNA NILAM PSSBT17 2011

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 setelah mendapat persetujuan Pengetua akan melaksanakan PROGRAM CAKNA NILAM ( mengambil berat Program NILAM ) peringkat sekolah mulai 20 Mac ini. Program ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembacaan buku dan menambah kunjung ke Pusat Sumber Sekolah.Semua pelajar akan diberikan sekeping kad pinjaman buku dan Borang Pemantauan NILAM. Setiap hari Khamis minggu 2 dan 4 semua buku NILAM dan Borang Pemantauan NILAM akan dikutip oleh Ketua Kelas untuk dibuat semakan oleh Pengetua. Harapan Pengetua dengan pemantauan NILAM oleh beliau sendiri akan menambahkan lagi pengunjung ke Pusat Sumber untuk membuat pinjaman dan Program NILAM akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Unit Pusat Sumber Juga mengharapkan program ini akan mendapat sambutan di samping STAR dan MENTOR MENTEE. Semua ini demi merealisasi impian Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 - 1 Buku, 1 Minggu, 1 NILAM berjaya. Insyaallah. USAHA TERAS KEJAYAAN.

No comments: