Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Saturday, July 31, 2010

Program Kenal Jawi




Panitia Pendidikan Islam SMK Batu 17 telah menganjurkan Program Kenal Jawi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 pada Sabtu (31 Julai 2010) di Makmal ICT sekolah. Program ini diadakan untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Seramai 10 orang guru hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini.

Saturday, July 17, 2010

Suara PSS sempena Hari Kokurikulum 2010




Sempena meraikan Hari Kokurikulum yang akan diadakan pada 28 hb Julai ini, Unit Pusat Sumber Sekolah menganjurkan beberapa aktiviti untuk mengumpul dana Pusat Sumber Sekolah. Antaranya, PERMINTAAN LAGU, JUALAN PENANDA BUKU, DERMA BUKU, JUALAN COKLAT, JUALAN MINUMAN, SESI FOTOGRAFI dan beberapa aktiviti lagi yang difikirkan sesuai. Nantikan HARI KOKURIKULUM 28 JULAI 2010 ini...Jangan lupa mengunjungi gerai PSS.

Wednesday, July 14, 2010

Khidmat Masyarakat SMK Batu 17

Tanggal 13 Julai 2010, Unit Pusat Sumber bersama dengan Panitia Sivik dan kewarganegaraan menjalankan aktiviti Khidmat Masyarakat di kawasan peranginan Titi Hayun, Yan Kedah. Aktiviti gotong royong dan memasang papan tanda diadakan bersama 43 pelajar dan 7 orang guru serta 5 pembantu dari Majlis Daerah Yan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.

Karnival Sukan Tahunan ( Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Jaring)

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 telah mengadakan Karnival Sukan Tahunan yang melibatkan pertandingan Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Jaring mengikut rumah sukan masing-masing. Pertandingan diadakan setiap hari Rabu. Ini adalah sempena dengan Hari Kokurikulum yang akan diadakan pada 28 Julai ini (Acara kemuncak).