Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR / SPM 2010

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR / SPM 2010. Kepada semua anak didikku semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan InsyaAllah jika anda telah berusaha pasti kejayaan milik anda.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak 1431 Hijrah




Unit Pusat Sumber mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak, semoga kita akan sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala. Sempena menyambut bulan mulia, pihak sekolah telah mengadakan ceramah kepada semua warga sekolah. Ceramah ini diadakan di Surau SMK Batu 17.

Saturday, August 7, 2010

Program Manisnya Menjadi Gadis






Tanggal 05 dan 06 Ogos yang lepas pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Manisnya Menjadi Gadis untuk anak-anak gadis SMK Batu 17. Program ini sememangnya memberikan kesan positif kepada para remaja terutama dalam menempuh cabaran dunia realiti yang penuh pancaroba. Seramai 116 pelajar perempuan mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada pelajar perempuan tingkatan 2,3,4, dan 5. Tiga orang penceramah dan guru-guru SMK Batu 17 bersama-sama menjayakan program ini. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Pn Hjh Zahirah binti Baharom, Penolong Kanan Pentadbiran. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuesday, August 3, 2010

Kibaran Jalur Gemilang di PSS SMK Batu 17






Jalur Gemilang

Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17, Padang Lumat dengan bantu GKM Bahasa mengemaskini Sudut Pameran Bertema dan mengibar JALUR GEMILANG sempena Bulan Kemerdekaan Ogos 2010. Hayati semangat kemerdekaan dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!