Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Friday, December 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Unit Pusat Sumber sekolah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 kepada semua warga sekolah dan juga seluruh warga Malaysia. Semoga tahun 2011 merupakan tahun yang cemerlang dalam segala segi...

Monday, December 6, 2010

Akhir Tahun 2010/ Awal Tahun 1432 Hijrah

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17, Padang Lumat ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432 DAN TAHUN BARU 2011. Semoga kedatangan 2011M/1432H merupakan tahun cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sunday, October 24, 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SMK Batu 17, 2010





Unit Bahasa(Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris) SMK Batu 17 dengan kerjasama Unit Pusat Sumber Sekolah melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah pada 24 hb Oktober 2010 (Ahad). Acara dimulakan dengan berbalas pantun, mendendangkan syair dan mendeklamasi sajak. Majlis pelancaran pula telah disempurnakan oleh Pn Nor'Ani binti Abdullah, Pengetua SMK Batu 17 dengan mendeklamasi sajak bertajuk " BAHASA". Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli panitia Bahasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran tersebut. Beberapa aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan sepanjang bulan ini.

Monday, October 4, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2010




Unit Pusat sumber SMK Batu 17 mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2010 kepada semua calon PMR 2010 SMK Batu 17, Padang Lumat. Majlis RESTU ILMU telah diadakan di dewan sekolah pada 04 hb Oktober dengan dihadiri para guru yang mengajar untuk merestui segala ilmu yang telah disampaikan. Kepada semua calon SELAMAT MENJAWAB, SEMOGA BERJAYA dan para guru sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Friday, October 1, 2010

Kasih disemai Bakti dituai




Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 mengucapkan Selamat Bertugas di sekolah baru kepada En Abd Razak bin Wahid. Pihak sekolah telah mengadakan Majlis 'Kasih disemai, Bakti dituai' di Hotel Seri Jerai yang dihadiri warga sekolah. Pada hari Khamis yang lepas pula Badan Pengawas Sekolah telah meraikan Pengetua dalam majlis yang diadakan di Surau Sekolah.Terima kasih atas segalanya.

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR / SPM 2010

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR / SPM 2010. Kepada semua anak didikku semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan InsyaAllah jika anda telah berusaha pasti kejayaan milik anda.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak 1431 Hijrah




Unit Pusat Sumber mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak, semoga kita akan sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala. Sempena menyambut bulan mulia, pihak sekolah telah mengadakan ceramah kepada semua warga sekolah. Ceramah ini diadakan di Surau SMK Batu 17.

Saturday, August 7, 2010

Program Manisnya Menjadi Gadis






Tanggal 05 dan 06 Ogos yang lepas pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Manisnya Menjadi Gadis untuk anak-anak gadis SMK Batu 17. Program ini sememangnya memberikan kesan positif kepada para remaja terutama dalam menempuh cabaran dunia realiti yang penuh pancaroba. Seramai 116 pelajar perempuan mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada pelajar perempuan tingkatan 2,3,4, dan 5. Tiga orang penceramah dan guru-guru SMK Batu 17 bersama-sama menjayakan program ini. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Pn Hjh Zahirah binti Baharom, Penolong Kanan Pentadbiran. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuesday, August 3, 2010

Kibaran Jalur Gemilang di PSS SMK Batu 17






Jalur Gemilang

Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17, Padang Lumat dengan bantu GKM Bahasa mengemaskini Sudut Pameran Bertema dan mengibar JALUR GEMILANG sempena Bulan Kemerdekaan Ogos 2010. Hayati semangat kemerdekaan dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Saturday, July 31, 2010

Program Kenal Jawi




Panitia Pendidikan Islam SMK Batu 17 telah menganjurkan Program Kenal Jawi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 pada Sabtu (31 Julai 2010) di Makmal ICT sekolah. Program ini diadakan untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Seramai 10 orang guru hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini.

Saturday, July 17, 2010

Suara PSS sempena Hari Kokurikulum 2010




Sempena meraikan Hari Kokurikulum yang akan diadakan pada 28 hb Julai ini, Unit Pusat Sumber Sekolah menganjurkan beberapa aktiviti untuk mengumpul dana Pusat Sumber Sekolah. Antaranya, PERMINTAAN LAGU, JUALAN PENANDA BUKU, DERMA BUKU, JUALAN COKLAT, JUALAN MINUMAN, SESI FOTOGRAFI dan beberapa aktiviti lagi yang difikirkan sesuai. Nantikan HARI KOKURIKULUM 28 JULAI 2010 ini...Jangan lupa mengunjungi gerai PSS.

Wednesday, July 14, 2010

Khidmat Masyarakat SMK Batu 17

Tanggal 13 Julai 2010, Unit Pusat Sumber bersama dengan Panitia Sivik dan kewarganegaraan menjalankan aktiviti Khidmat Masyarakat di kawasan peranginan Titi Hayun, Yan Kedah. Aktiviti gotong royong dan memasang papan tanda diadakan bersama 43 pelajar dan 7 orang guru serta 5 pembantu dari Majlis Daerah Yan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.

Karnival Sukan Tahunan ( Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Jaring)

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 telah mengadakan Karnival Sukan Tahunan yang melibatkan pertandingan Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Jaring mengikut rumah sukan masing-masing. Pertandingan diadakan setiap hari Rabu. Ini adalah sempena dengan Hari Kokurikulum yang akan diadakan pada 28 Julai ini (Acara kemuncak).

Tuesday, June 22, 2010

Kilauan NILAM - Jom Pi PSS Sekolah Anda



Makluman kepada semua warga sekolah. Unit Pusat Sumber SMK Batu 17, Padang Lumat menyediakan KILAUAN NILAM bagi menarik minat pelajar mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Kilauan tersebut adalah dua DIORAMA yang dihasilkan dengan kerjasama Pn Noor Intan dan beberapa pelajar yang juga merupakan ahli Kelab Seni dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Mohd Hafidzie, Mohd Nazrul dan Mohd Azri). Semoga KILAUAN ini akan menyemarakkan NILAM peringkat sekolah.

Saturday, June 5, 2010

Selamat bercuti

Unit Pusat Sumber mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Cuti bermula 04 hingga 19 Jun 2010. Bagi pelajar tingkatan 5 dan 3, pihak sekolah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan SPM dan PMR 2010. Bermula dengan Panitia Bahasa Malaysia, jam 8 hingga 10 pagi tadi.Semoga berjaya dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun 2010. Terima kasih kepada pelajar yang sudi hadir. Bengkel ini diadakan sehingga hari Selasa ini. Pada hari Rabu dan Khamis ini pula, para guru akan menghadapi peperiksaan PTK. Selamat menjawab peperiksaan dan semoga berjaya.

Saturday, May 22, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 kepada semua pelajar SMK BATU 17. Semoga memperoleh keputusan cemerlang dan berjaya merealisasi visi dan misi sekolah menjelang 2010 ini.

Sunday, May 16, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010





16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat kepada semua guru. SMK Batu 17, juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan hari guru. Bermula 15 haribulan, semua guru SMK Batu 17 ke SP Inn untuk makan tengahari di samping meraikan pertukaran guru En Tanim bin Zainal. 16 haribulan pula sambutan peringkat sekolah siadakan. Unit Pusat Sumber mengucapkan SELAMAT HARI GURU - GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Wednesday, May 12, 2010

Pemantauan IQPSS 2010


Tanggal 12 Mei (Rabu) 2010, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sungai Limau En Jamaludin telah ke Pusat Sumber Sekolah untuk membuat pemantauan. Alhamdulilah berkat kerjasama dan bantuan rakan-rakan pemantauan kali ini berjalan lancar. Banyak maklumat dan kata-kata motivasi diberikan kepada Unit Pusat Sumber. Terima kasih En Jamaludin dan juga PKG Sungai Limau.

Tuesday, April 20, 2010

KEM WAJA DIRI PSS 2010



Tanggal 16 dan 17 hb April yang lalu, Unit Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan kursus untuk pengawas-pengawas pusat sumber sekolah bagi tahun 2010. Sebanyak 3 buah sekolah mengambil bahagian iaitu SMK BATU !7, SMK SUNGAI LIMAU dan SK PERMATANG BULOH. Ketiga-tiga buah sekolah adalah dibawah penyeliaan PKG Sungai Limau. Perkhemahan ini diadakan di D'Yan Chalet, Peranginan Titi Hayun Yan Kedah. Seramai 95 pelajar, 3 orang GPM dan 10 orang guru pengiring telah bertungkus lumus sepanjang dua hari 1 malam tersebut. Perkhemahan ini juga mendapat kerjasama PKP Jerai Yan untuk aktiviti "Team Building'. Majlis penutupan telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengetua SMK BATU 17 dan Pengetua SMK Sungai Limau serta PK 1 SK Permatang Buloh. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan.

Thursday, March 25, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010




Tanggal 25 Mac 2010, sekolah telah menganjurkan acara tahunan iaitu Majlis Hari anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-25. Majlis pada pagi ini dirasmikan oleh Tn Hj Md Razi bin Yaacob, Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Dalam majlis ini seramai 15 pelajar telah berjaya dianugerahkan semasa acara ANUGERAH SEMARAK NILAM 2010. Mereka telah menerima anugerah GANGSA (8 orang), Perak (5 orang) dan EMAS (2 orang). Tahniah! diucapkan, penganugerahan yang seterusnya adalah pada bulan Ogos ini. Semoga lebih ramai lagi akan mendapat penganugerahan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 ini nanti.

Saturday, March 20, 2010

Selamat Kembali ke sekolah

Selamat kembali ke sekolah selepas seminggu bercuti. Semoga kembali ke sekolah dengan azam dan semangat yang baharu. Jom pi sekolah dan Jom pi PUSAT SUMBER baca buku...

Sunday, February 14, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2010


Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina dengan semangat 1 Malaysia. Semoga semangat juang HARIMAU merupakan pendorong ke arah kecemerlangan dan mampu melonjakkan kegemilangan 2010. Unit Pusat Sumber Sekolah juga menyediakan PAMERAN BERTEMA - Tahun Baharu Cina. Bersamalah kita kunjungi dan memberikan sokongan demi perpaduan dan menyokong semangat 1 MALAYSIA. Jom Pi Pusat Sumber Sekolah Anda... Jika bukan anda siapa lagi...?

Wednesday, February 3, 2010

Promosi Pusat Sumber Sekolah 2010



Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2010 ini mengadakan promosi secara besar-besaran dengan mengadakan Pertandingan Kuiz (tingkatan 1 dan 2). Kempen JOM PI PUSAT SUMBER SEKOLAH ANDA dengan mengadakan cabutan bertuah, pengunjung bertuah dan kelas bertuah minggu ini. Kempen DERMA BUKU juga diadakan dan buku-buku yang didermakan akan diserahkan pada hari AHAD ini (07 Februari 2010). Unit Media dan Tayangan pula mengadakan tayangan beriri pada setiap Rabu dan Khamis untuk menarik minat pelajar ke Bilik Tayangan. Silalah... JOM PI PUSAT SUMBER ANDA!. Jika bukan anda siapa lagi.

Thursday, January 28, 2010

1 MALAYSIA - 3 acara dalam 1 majlis



Menyahut cabaran 1 Malaysia, Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, mengadakan majlis PELANCARAN NILAM, PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, dan PEMBUKAAN RASMI PUSAT SUMBER SEKOLAH. Majlis 3 dalam 1 ini diadakan pada 31 JANUARI 2010 bertempat di tapak perhimpunan. Pelancaran ini akan disempunakan oleh En Abd Razak bin Wahid, Pengetua SMK Batu 17, Padang Lumat.

Friday, January 15, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2010. Semoga bertambah tahun demi tahun, mematangkan pemikiran dan menambahkan kecemerlangan. Semoga 2010 menjadi pemangkin kecemerlangan dan kegemilangan pengurusan Pusat Sumber Sekolah. " SEMINGGU SEBUAH BUKU".