Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Saturday, November 26, 2011

Cuti akhir tahun 2011

Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan selamat bercuti akhir tahun 2011 kepad semua warga pendidikan seluruh negara. Jumpa lagi awal tahun depan 2012.Semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebeluimnya...SELAMAT BERCUTI!

Thursday, November 10, 2011

Majlis Korban peringkat sekolah




SMK Batu 17 telah mengadakan majlis korban. Seekor lembu telah dikorbankan dan kenduri telah diadakan kepada semua warga sekolah.Majlis tersebut telah diadakan pada 09 November 2011 (Rabu)

Friday, October 21, 2011

Lawatan Pasca PMR 2011




Lawatan sambil belajar telah diadakan pada 20 Oktober yang lepas. Seramai 43 pelajar dengan 3 guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Muzium Padi, Muzium Seni, Muzium diRaja dan beberapa tempat lain. Lawatan ini banyak memberi pengajaran kepada semua pelajar dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah...

Sunday, October 16, 2011

Program Pasca PMR 2011




Tarikh : 16 Oktober 2011 / Ahad
Masa : 8.25 hingga 2.05 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 dengan kerjsama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program Pengurusan Fail Tegak berdasarkan isu semasa. Terdapat 5 kumpulan yang terlibat dengan bantuan guru-guru mata pelajaran semasa. Lima isu telah diberikan iaitu PENDIDIKAN, AGAMA, SOSIAL, KEUSAHAWANAN DAN SUKAN. Pelajar yang terlibat bertungkus lumus menyiapkan fail untuk ditempatkan di PSS nanti. Hadiah menarik juga menanti kumpulan yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua pelajar tingkatan 3 yang hadir semasa aktiviti ini diadakan.

Monday, October 3, 2011

Bengkel GPM Daerah KMY 2011

Bengkel GPM daerah Kuala Muda/Yan telah diadakan di SMK Agama Yan pada 03 Oktober 2011 bermula jam 8.00 hingga 4.00 petang. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 37 orang GPM dan 7 orang Peg. Teknologi Pendidikan PKG KMY yang banyak membantu. Banyak maklumat dan bahan perbengkelan yang diperoleh dapat membantu melancarkan lagi pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Pusat Sumber Sekolah masing-masing. Semoga bengkel seumpama ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap lagi.

Saturday, September 24, 2011

KEM ALAM SEKITAR



Kem Alam Sekitar telah diadakan pada 22 hingga 24 September 2011. Perkhemahan bertempat di Kem Kenari Titi Hayun. Seramai 10 orang pelajar yang terdiri 5 lelaki dan 5 perempuan menghadiri perkhemahan tersebut bersama 2 orang guru pengiring iaitu Pn Salmah dan Pn Sharimah. Sesungguhnya perkhemahan ini dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya alam sekitar dipelihara sebaiknya.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan 2011

Unit Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM KEMERDEKAAN kepada semua warga SMK Batu 17, Padang Lumat. Semoga kedatangan Syawal ini akan mewarnai kebahagiaan dan kejayaan buat semua.

Thursday, August 25, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011




Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di surau SMK Batu 17 pada hari ini 25 Ogos 2011 pada pukul 11.30 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn Hjh Nor'Ani binti Abdullah. Ustaz Ridhuan telah mengetuai acara khatam Al-quran tersebut. Seramai 30 peserta tadarus yang diadakan pada setiap pagi semasa rehat bersama guru pembimbing juga menerima cenderahati pada majlis tersebut.

Wednesday, August 17, 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011





Merdeka! Merdeka! Merdeka demikianlah laungan yang sering kita dengar sepanjang bulan Ogos dan September setiap tahun. Demi menghargai kemerdekaan dan menyahut semangat patriotisme pihak Panitia Sejarah dan sekolah telah melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos 2011 di Dataran Perhimpunan. Unit Pusat Sumber Sekolah juga menyahut seruan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di dalam dan luar perpustakaan dan bilik tayangan. Unit PSS akan mengadakan pameran bertema "BUNGA KEBANGSAAN" sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Monday, August 8, 2011

SALAM RAMADHAN

Unit Pusat Sumber mengucapkan SELAMAT BERPUASA. Semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Penyampaian cenderahati sempena bulan membaca




Unit Pusat Sumber mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. Acara penyampaian cenderahati tersebut diadakan pada hari Ahad 31 Julai 2011 yang lepas. Sebanyak 30 hadiah disampaikan mengikut acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dan semoga mendapat lebih banyak lagi penyertaan pada tahun hadapan. Terdapat juga cenderahati kepada guru yang banyak membantu pembangunan PSS sepanjang tahun 2011 ini.

Friday, July 22, 2011

Perkhemahan Pantai Merdeka 2011





Unit Pusat Sumber ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar perempuan yang telah menghadiri perkhemahan di Pantai Merdeka pada 15 Julai 2011 dan 16 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu). Perkhemahan yang diadakan berjalan lancar. Pelajar terlibat juga telah mengadakan Khidmat Bakti Sosial di Surau Pantai Merdeka.Tahniah kepada yang terlibat dan terima kasih kepada PK Kokurikulum Tn Hj Husni Zaim bin Hj Ahmad, Pn Normah Ariffin, Pn Sharimah, Pn Norlia dan Pn Salmah yang turut sama pelajar di sana.

Monday, July 18, 2011

Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan membaca Julai 2011




Sempena bulan membaca Julai 2011, Unit Pusat Sumber Sekolah menganjurkan beberapa aktiviti antaranya Bercerita, Resensi Buku, Pengunjung PSS Bertuah, penulisan buku skrap serta Jejak Maklumat. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan semasa perhimpunan pagi dan juga hari aktiviti Kokurikulum sekolah.

Sunday, July 10, 2011

Pelancaran Bulan Membaca 2011





Unit Pusat Sumber telah melancarkan Bulan Membaca pada 10 Julai 2011 di Dataran Perhimpunan. Majlis dimulakan dengan Bicara Buku oleh adik Shamsuriah dan Nurul Ain dari kelas 2 Amanah.Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengetua dengan membacakan warkah sebagai simbolik pelancaran. Beberapa program telah dirancang dan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Wednesday, July 6, 2011

BULAN MEMBACA - JULAI 2011

Unit Pusat Sumber akan mengadakan beberapa aktiviti sempena bulan membaca pada bulan Julai ini. Beberapa aktiviti telah dirancang antaranya :
- Pengunjung PSS bertuah
- Pembaca terbanyak bulan JULAI
- Teka silangkata
- Penulisan buku skrap
- Jejak maklumat
- Bicara penulis

Unit Pusat Sumber juga memberikan pengampunan kepada peminjam yang telah membuat pinjaman tetapi telah melepasi tarikh pemulangan. Tiada denda akan dikenakan kepada yang memulangkan buku pada bulan ini. Pelancaran rasmi akan dibuat pada 10 Julai ini dan kemuncak pada 31 Julai dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan hadiah mengenang budi NILAM 2011. Nantikan...

Sunday, June 26, 2011

Kursus Asas Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah


Tanggal 27 Jun 2011 (Isnin) seramai 11 orang guru GPM/ICT menghadiri kursus asas pembinaan blog Pusat Sumber Sekolah. Semoga kursus yang dianjurkan akan dapat menambah ilmu dan pengetahuan mengenai ICT, seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Kursus di kendalikan oleh En Mohd Lukman Hidayat dari PKG Yan.

Tuesday, June 14, 2011

MTQ Pendidikan Khas KMY 2011




Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta SMK Batu 17 yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Peserta-peserta sekolah mengambil bahagian dalam acara Tilawah, Hafazan, Azan dan Nasyid. Berkat komitmen semua pihak, mereka telah berjaya mencapai kemenangan dalam acara Tilawah, Azan dan Hafazan serta nasyid. Tahniah dan semoga berjaya lagi di tahun hadapan.

Friday, June 10, 2011

Pondok MBM/MBI 2011




Uniit Pusat Sumber membantu GKM Bahasa - menyiapkan pondok MBM /MBI Jun 2011. Pondok ini menempatkan bahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk memastikan saranan KPM dilaksanakan dengan jayanya. Proses menyiapkan pondok ini mengambil masa 3 hari dan kini dalam proses meletakkan bahan maklumat BM dan BI. Bersama menyahut seruan - Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasa Bahasa Inggeris. Projek ini dibantu Guru Kanan Kemanusiaan dan AJK Kelab PSV dan Pengawas PSS 2011. Terima kasih kepada semua yang membantu...

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011




Pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari guru dengan jayanya. Sambutan dimulakan dengan bacaan yassin untuk memohon keberkatan. Seterusnya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada warga guru SMK Batu 17. Diikuti dengan acara permainan,persembahan dan jamuan serta bertukar-tukar hadiah. Semoga semua warga guru berjaya merealisasikan tema hari guru tahun ini iaitu GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA...

Wednesday, May 4, 2011

PROGRAM 'PERMATA 17'





Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan tahniah kepada Unit Kurikulum Sekolah kerana telah berjaya melancarkan dan melaksanakan PROGRAM MEREALISASI ETR SPM DAN PMR 2011. Seramai 14 orang pelajar PMR dan 12 orang pelajar SPM telah terpilih mengikuti program ini. Program PERMATA 17 ini dibantu Unit Ousat Sumber Sekolah dengan menyediakan tempat untuk para pelajar ini membuat latihan dan rujukan serta mengulangkaji setiap hari sehingga pukul 5 petang.Unit Pusat Sumber mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada semua pelajar yang terpilih. Semoga pencapaian akademik tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelmnya.

Monday, April 11, 2011

Forum Remaja Zon 4 Daerah Kuala Muda / Yan 2011




Alhamdulilah syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Panitia Bahasa Malaysia SMK Batu 17 telah berjaya menganjurkan Pertandingan Forum Remaja Zon 4, Daerah Kuala Muda / Yan pada 11 April 2011 di Dewan SMK Batu 17. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pihak Unit Pusat Sumber Sekolah juga mengucapkan tahniah kepada peserta sekolah kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang menjadi pembantu dalam memastikan kelancaran pertandingan ini.