Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Thursday, March 31, 2011

Anugerah Semarak NILAM 2011





Unit Pusat Sumber Sekolah SMK Batu 17 mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah NILAM sempena Majlis Anugerah Kualiti 2011. Seramai 16 orang pelajar menerima anugerah NILAM JAUHARI 2011 ini. Penerima anugerah adalah :

NOR AMIRAH BINTI ISMAIL - GANGSA
FATIN UMAIRAH BINTI MANAP - GANGSA
KU NUR HAFIZAH BINTI KU ABDULLAH - GANGSA
NOOR SYUHAIDA BINTI AHMAD AZMI - GANGSA
NORAFISYA BINTI ROSLI - GANGSA
AHMAD FAROUQ FAKHRI BIN MD ZAIB - GANGSA
NOR FADHILAH BINTI ISMAIL - GANGSA
NUR SHAHIRA BINTI MOHD SHUIB - GANGSA
SITI FATIMAH BINTI ISMAIL - GANGSA
HAMIZAH BINTI HUSIN - PERAK
AZYAN BINTI AZIZAN - PERAK
SHUHAIDA BINTI MD DESA - PERAK
NUR NADIA AZAD BINTI MD AKHIR - PERAK
AMIRAH BINTI YAHYA - PERAK
HAFIFA BINTI DESA - EMAS
NOR FASIHAH BINTI ISMAIL - EMAS

Tahniah sekali lagi dan teruskan membaca dan menyokong UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK Batu 17.

Saturday, March 19, 2011

BENGKEL PROSES TEKNIK PENGAWAS PSS




Unit Pusat Sumber Sekolah telah berjaya mengadakan Bengkel Proses Teknik untuk pengawas Pusat Sumber yang baru dilantik dari tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2011 ini. Bengel tersebut telah diadakan di Pusat Sumber pada 13 dan 14 Mac 2011 yang lalu. Seramai 20 pelajar hadir mengikut giliran selama 2 hari tersebut.

PROGRAM CAKNA NILAM PSSBT17 2011

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 setelah mendapat persetujuan Pengetua akan melaksanakan PROGRAM CAKNA NILAM ( mengambil berat Program NILAM ) peringkat sekolah mulai 20 Mac ini. Program ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembacaan buku dan menambah kunjung ke Pusat Sumber Sekolah.Semua pelajar akan diberikan sekeping kad pinjaman buku dan Borang Pemantauan NILAM. Setiap hari Khamis minggu 2 dan 4 semua buku NILAM dan Borang Pemantauan NILAM akan dikutip oleh Ketua Kelas untuk dibuat semakan oleh Pengetua. Harapan Pengetua dengan pemantauan NILAM oleh beliau sendiri akan menambahkan lagi pengunjung ke Pusat Sumber untuk membuat pinjaman dan Program NILAM akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Unit Pusat Sumber Juga mengharapkan program ini akan mendapat sambutan di samping STAR dan MENTOR MENTEE. Semua ini demi merealisasi impian Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 - 1 Buku, 1 Minggu, 1 NILAM berjaya. Insyaallah. USAHA TERAS KEJAYAAN.

Monday, March 14, 2011

Selamat Bercuti

Unit Pusat Sumbet sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru SMK Batu 17. Sekolah mula bercuti pada 11 Mac hingga 19 Mac. Semua pelajar telah dibekalkan "LATIHAN TERANCANG SEMASA CUTI SEKOLAH". Semua pelajar diingatkan sepaya menyiapkan tugasan yang diberikan demi merealisasi harapan visi dan misi sekolah. Unit Pusat Sumber juga mengharapkan program NILAM dapat dilaksanakan dengan baik. Selepas cuti sekolah satu lagi pemantauan akan dibuat untuk memastikan NILAM berjalan lancar. Selamat bercuti, Selamat menyiapkan latihan, Selamat membaca seterusnya menulis dalam buku NILAM.

Saturday, March 5, 2011

KEM WAJA DIRI 2011 - UUM





Bersyukur kita kehadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Unit Pusat Sumber sekolah SMK Batu 17, telah berjaya menganjurkan Kem Waja Diri Kolaborasi SMK Guar Chempedak dan SM Agama Sungai Limau pada 3 hingga 5 Mac 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Kolej Kediaman Al-Bukhari, Universiti Utara Malaysia (UUM). Perkhemahan ini mendapat kerjasama fasilatator dalam kalangan pelajar jurusan kaunseling di universiti berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada Cik Hamizah dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada GPM ketiga-tiga sekolah yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang perkhemahan diadakan. Terima kasih juga kepada Pn Pengetua kerana sudi hadir memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan yang diadakan di Dewan Mawar, Kolej Kediaman Bank Muamalat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM. Sekali lagi sekalung tahniah kepada semua yang melibatkan diri menjayakan perkhemahan dan memastikan semua aktiviti berjalan lancar.