Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Wednesday, May 30, 2012

Bengkel teknik menjawab BMPMR 2012

Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia menganjurkan bengkel teknik menjawab soalan BM kepada calon PMR 2012. Penceramag jemputan ialah En Budiman bin Said dari SMK Sungai Limau yang juga merupakan Guru Cemerlang bahasa Malaysia. Seramai 60 orang pelajar hadir semasa bengkel itu diadakan. Bengkel tersebut bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari. Terima kasih kepada pelajar yang hadir semoga mendapat maklumat dan panduan bagi menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Semoga lulus dengan cemerlang tahun ini.

Monday, May 28, 2012

Selamat bercuti

Unit Pusat Sumber mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah dan semua warga pendidikan. Setelah lama tidak membuat catatan Unnit PSS akan kembali aktif selepas ini. Nantikan aktiviti terkini mulai Jun ini...

Wednesday, March 28, 2012

Majlis Tautan Kasih 2012

Pada hari ini 28 Mac 2012, satu majlis yang banyak membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah telah diadakan iaitu Majlis Tautan Kasih. Seramai 60 orang waris tingkatan 3 dan 5 hadir untuk menyerikan majlis ini. Penceramah jemputan Ustaz Ramli mantan Pengetua SMKA Yan telah berjaya menyentuh hati para guru, pelajar dan juga waris. Semoga majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.Ini adalah demi kecemerlangan anak-anak didik dan warga sekolah sekalian.

Majlis Apresiasi 2012

Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan tahniah kepada 15 orang pelajar yang telah ditauliahkan dengan anugerah Emas, Perak, dan Gangsa. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima hadiah sempena majlis berkenaan. Majlis diadakan pada 25 Mac yang lalu. Selepas majlis Apresiasi pihak PIBG telah mengadakan mesyuarat agung kali ke 27 bagi tahun 2012.

Monday, February 27, 2012

Pentauliahan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

Unit Pusat Sumber bergabung dengan Badan Pengawas Sekolah telah mengadakan majlis pentauliahan pengawas sekolah dan pengawas pusast sumber pada 26 Februari 2012. Seramai 45 pengawas sekolah dan 25 pengawas pusat sumber telah diberikan tauliah secara rasmi.

Friday, February 17, 2012

Pemantauan Pusat Sumber Sekolah 2012

Pada 15 Februari 2012 (Selasa) Pusat Sumber SMK Batu 17 telah dikunjungi oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sungai Limau En Jamaludin untuk melaksanakan pemantauan. Kemudiannya pada 16 Februari (Khamis) PSS sekali lagi dikunjungi 3 orang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG daerah untuk tujuan yang sama. Rombongan ini diketuai oleh En Azahari. Pihak Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka ke sekolah. Sesungguhnya, pemantauan yang dilakukan banyak membantu GPM untuk menguruskan pusat sumber dengan baik. Segala kelemahan dan kekurangan akan cuba diatasi oleh Unit Pusat Sumber dengan sebaiknya.

Sunday, January 29, 2012

PELANCARAN PROGRAM BERSAMA 4 DALAM 1





Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Pentadbiran telah berjaya melancarkan Program Bersama SEKOLAH PENYAYANG, NILAM, STAR DAN MENTOR MENTEE pada hari ini 29 Januari 2012. Sesungguhnya pelancaran ini begitu bermakna dan diharapkan kerjasama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.