Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Saturday, March 5, 2011

KEM WAJA DIRI 2011 - UUM





Bersyukur kita kehadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Unit Pusat Sumber sekolah SMK Batu 17, telah berjaya menganjurkan Kem Waja Diri Kolaborasi SMK Guar Chempedak dan SM Agama Sungai Limau pada 3 hingga 5 Mac 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Kolej Kediaman Al-Bukhari, Universiti Utara Malaysia (UUM). Perkhemahan ini mendapat kerjasama fasilatator dalam kalangan pelajar jurusan kaunseling di universiti berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada Cik Hamizah dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada GPM ketiga-tiga sekolah yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang perkhemahan diadakan. Terima kasih juga kepada Pn Pengetua kerana sudi hadir memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan yang diadakan di Dewan Mawar, Kolej Kediaman Bank Muamalat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM. Sekali lagi sekalung tahniah kepada semua yang melibatkan diri menjayakan perkhemahan dan memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

1 comment:

yan boyz........ said...

ni klau sya x pindh sekolah kofom leh p uum...........huhuhuhu