Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti

Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti panjang. Semoga tahun 2009 merupakan titik permulaan kepada peningkatan dan kecemerlangan 2010 nanti. Kepada anak-anak didikku yang sedang menduduki peperiksaan SPM 2009 teruskan usaha demi kecemerlangan, anak-anak didikku yang sedang menunggu keputusan PMR 2009 bulan Disember nanti semoga kejayaan menanti anda. Anak-anak didikku yang bakal bertemu pada tahun hadapan, moga kita akan bekerjasama dan menjulang nama sekolah serta menyahut cabaran visi sekolah 2010 nanti.

Tuesday, November 3, 2009

Anjung Nilam














Unit Pusat Sumber SMK Batu 17, dalam proses menyiapkan ANJUNG NILAM yang merupakan sebahagian unit rangkaian PSS. Sebuah tempat untuk merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam dan membaca buku.

Monday, October 26, 2009

Program Jejak Maklumat Pasca PMR 2009


Pertandingan JEJAK MAKLUMAT anjuran Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 26 Oktober 2009 untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Seramai 42 pelajar mengambil bahagian dengan 9 kumpulan. Pemenang akan diumumkan pada hari penyampaian hadiah nanti. Antara segmen yang terlibat adalah Sekolahku Kesayanganku. Terima kasih kepada peserta yang terlibat.

Tuesday, October 20, 2009

Program pasca PMR 2009

Universiti Utara Malaysia telah mengadakan pameran kepada warga sekolah. Pameran ini dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan PERHILITAN. Banyak maklumat yang diperoleh sepanjang pameran ini berlangsung...

Friday, September 18, 2009

CALON SPM DAN PMR 2009

Unit PUSAT SUMBER SMK Batu 17, Padang Lumat mengucapkan SEMOGA berjaya kepada calon-calon PMR dan SPM 2009. Selamat menduduki peperiksaan dan doa sentiasa mengiringi kalian. Pastikan kejayaan milik semua, (ingat lulus dengan cemerlang dalam semua mata pelajaran terutamanya BAHASA MELAYU) - Cikgu BM anda...

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum, saya bagi pihak Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, Padang Lumat ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIFITRI. kepada semua Warga Sekolah dan yang mengenali serta yang meneroka blog ini...

Monday, August 17, 2009

KURSUS APRESIASI SASTERA


Tanggal 11 hingga 13 Ogos 2009, saya telah menghadiri
KURSUS APRESIASI SASTERA UNTUK GURU-GURU BAHASA
DAN SASTERA MELAYU, di Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kulim Kedah. Banyak maklumat dan dapatan yang diperolehi. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang kursus ini diadakan. 3 hari dua malam yang penuh bermakna.

Friday, August 7, 2009

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Tanggal 8 Ogos jam 3 petang ini akan berlangsung PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK. Seramai 2 peserta dari SMK batu 17 akan mengambil bahagian. Semoga berjaya dan mengharumkan nama sekolah.

Monday, July 20, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tanggal 21 dan 22 hb Julai 2009 ini akan diadakan PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM bertempat di padang SMK BATU 17. Saksikanlah kemeriahan dan acara menarik yang bakal diadakan... Antara pertandingan yang dianjurkan ialah PERTANDINGAN MEMASAK, PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN, MERENTAS HALANGAN DAN KRAF KEM. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan kemeriahannya.

Saturday, June 20, 2009

Pelancaran Bulan Pusat Sumber kolaborasi Panitia Kemahiran Hidup

Nantikan bulan JULAI 2009 ini untuk majlis PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER kolaborasi PANITIA KEMAHIRAN HIDUP. Bulan Julai juga merupakan BULAN MEMBACA peringkat sekolah. Terdapat banyak aktiviti menarik yang bakal diadakan oleh Unit Pusat Sumber dan Pantia Kemahiran Hidup. Tunggu dan nantikan kejutannya...

Monday, June 8, 2009

Ringkasan takwim Setengah Tahun 2009

JUN 2009
Bulan Pendidikan Seni dan Pendidikan Sivik

JULAI 2009
Bulan Kemahiran Hidup dan Pusat Sumber Sekolah

OGOS 2009
Bulan Kemerdekaan dan Geografi ( alam sekitar)

SEPTEMBER 2009
Bulan Pendidikan Islam

Friday, May 29, 2009

Lawatan PKG Sungai Limau

Tanggal 28 Mei 2009, Pusat Sumber SMK Batu 17 telah menerima kunjungan mengejut daripada En Jamaludin dari PKG Sungai Limau. Lawatan ini selaras dengan pemantauan Pusat Sumber untuk memberikan beberapa cadangan dan penambahbaikan untuk kecemerlangan Pusat Sumber sekolah-sekolah bawah seliaan PKG SUNGAI LIMAU.

Wednesday, May 13, 2009

Kem Jati diri dan Pengurusan Sumber PSS














Unit Pusat Sumber menganjurkan
Kem Jati Diri dan Pengurusan Sumber PSS kolaborasi dengan SMK Batu 5 pada 7, 8 dan 9 Mei 2009 bertempat di Kem Palas. Semoga perkhemahan ini mampu menyuntik semangat yang tinggi dan mengujudkan jati diri yang kukuh kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Batu 17 dan SMK Batu 5. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009


Unit Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada warga SMK Batu 17, Padang Lumat, Kedah. Semoga menjadi guru cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuesday, April 28, 2009

Piagam Pelanggan PSS SMk Batu 17

- Memastikan Pusat Sumber SMK BATU !7 menyediakan bahan-bahan bacaan terkini.
- Menyediakan dan memastikan Pusat Sumber SMK BATU 17 kondusif untuk aktiviti pembacaan, pembalajaran dan pengajaran.
- Sedia berkhidmat dengan dedikasi kepada warga SMK BATU 17
- Memupuk minat membaca yang tinggi kepada warga SMK BATU 17
- Membantu melahirkan modal insan yang cemerlang dan berpengatahuan selaras dengan aspirasi Wawasan 2020

Sunday, April 19, 2009

ANUGERAH SEMARAK NILAM

Tanggal 26 April ini semasa Perhimpunan Pagi, unit Pusat Sumber akan memberi penganugerahan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai tahap mengikut penilaian Pusat Sumber Sekolah. Walaupun majlis akan diadakan hanya pada perhimpunan pagi tetapi penuh bermakna.

Wednesday, April 15, 2009

Forum Remaja Zon 4 Daerah Kuala Muda Yan

Pada 15 April 2009 bersamaan hari Rabu, Panitia Bahasa Malaysia telah menganjurkan PERTANDINGAN FORUM REMAJA ZON 4 KMY dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya terutama AJK Kerja, para pengawas Pusat Sumber yang membantu dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kemenangan tidak berpihak kepada kita tetapi pengalaman sepanjang mengendalikan pertandingan ini akan dijadikan kenangan paling indah buat kami PANITIA BAHASA MALAYSIA dengan kerjasama PUSAT SUMBER SEKOLAH.

Sunday, April 5, 2009

Selamat Bersara

Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, Pdg Lumat ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Kaunselor Sekolah Tuan Haji Safie bin Romli pada 7 Mac 2009 bersamaan hari SELASA. Jasamu akan dikenang... Ingatlah PSS SMK BT 17...

Sunday, March 1, 2009

AKTIVITI BULAN BAHASA 2009















1/3/2009 - AHAD
Majlis Pelancaran gilang gemilang yang telah disempurnakan oleh Tn Pengetua SMK Batu 17, En Abd Razak bin Wahid. Pn Salmah Md Zain (GPM) dan Pn Ku Nor Suriati bt Ku Ishak (KP B.Inggeris) sedang memberi taklimat perlaksanaan program semasa perhimpunan mingguan.

Thursday, January 29, 2009

Pentaulihan Pengawas PSSBATU17 dan Pelancaran NILAM 2009

Tanggal 1 Februari 2009 (AHAD)
Pentauliahan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti-aktivitinya adalah :
-Pembacaan ikrar Pengawas PSS
-Penyerahan sijil pelantikan
-Perasmian pembukaan PSS 09'
-Pelancaran Unit Rangkaian PSS 09'
Pentauliahan dan perasmian akan disempurnakan oleh Tn Pengetua, En Abdul Razak bin Wahid. Serentak dengan itu, unit PSSBT17 juga melancarkan Program Nilam Peringkat Sekolah bagi tahun 2009.
Semoga tahun ini lebih cemerlang dengan
MOTO " SEMINGGU SEBUAH BUKU"...