Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Friday, July 22, 2011

Perkhemahan Pantai Merdeka 2011





Unit Pusat Sumber ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar perempuan yang telah menghadiri perkhemahan di Pantai Merdeka pada 15 Julai 2011 dan 16 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu). Perkhemahan yang diadakan berjalan lancar. Pelajar terlibat juga telah mengadakan Khidmat Bakti Sosial di Surau Pantai Merdeka.Tahniah kepada yang terlibat dan terima kasih kepada PK Kokurikulum Tn Hj Husni Zaim bin Hj Ahmad, Pn Normah Ariffin, Pn Sharimah, Pn Norlia dan Pn Salmah yang turut sama pelajar di sana.

Monday, July 18, 2011

Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan membaca Julai 2011




Sempena bulan membaca Julai 2011, Unit Pusat Sumber Sekolah menganjurkan beberapa aktiviti antaranya Bercerita, Resensi Buku, Pengunjung PSS Bertuah, penulisan buku skrap serta Jejak Maklumat. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan semasa perhimpunan pagi dan juga hari aktiviti Kokurikulum sekolah.

Sunday, July 10, 2011

Pelancaran Bulan Membaca 2011





Unit Pusat Sumber telah melancarkan Bulan Membaca pada 10 Julai 2011 di Dataran Perhimpunan. Majlis dimulakan dengan Bicara Buku oleh adik Shamsuriah dan Nurul Ain dari kelas 2 Amanah.Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengetua dengan membacakan warkah sebagai simbolik pelancaran. Beberapa program telah dirancang dan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Wednesday, July 6, 2011

BULAN MEMBACA - JULAI 2011

Unit Pusat Sumber akan mengadakan beberapa aktiviti sempena bulan membaca pada bulan Julai ini. Beberapa aktiviti telah dirancang antaranya :
- Pengunjung PSS bertuah
- Pembaca terbanyak bulan JULAI
- Teka silangkata
- Penulisan buku skrap
- Jejak maklumat
- Bicara penulis

Unit Pusat Sumber juga memberikan pengampunan kepada peminjam yang telah membuat pinjaman tetapi telah melepasi tarikh pemulangan. Tiada denda akan dikenakan kepada yang memulangkan buku pada bulan ini. Pelancaran rasmi akan dibuat pada 10 Julai ini dan kemuncak pada 31 Julai dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan hadiah mengenang budi NILAM 2011. Nantikan...