Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Friday, October 21, 2011

Lawatan Pasca PMR 2011




Lawatan sambil belajar telah diadakan pada 20 Oktober yang lepas. Seramai 43 pelajar dengan 3 guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Muzium Padi, Muzium Seni, Muzium diRaja dan beberapa tempat lain. Lawatan ini banyak memberi pengajaran kepada semua pelajar dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah...

Sunday, October 16, 2011

Program Pasca PMR 2011




Tarikh : 16 Oktober 2011 / Ahad
Masa : 8.25 hingga 2.05 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 dengan kerjsama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program Pengurusan Fail Tegak berdasarkan isu semasa. Terdapat 5 kumpulan yang terlibat dengan bantuan guru-guru mata pelajaran semasa. Lima isu telah diberikan iaitu PENDIDIKAN, AGAMA, SOSIAL, KEUSAHAWANAN DAN SUKAN. Pelajar yang terlibat bertungkus lumus menyiapkan fail untuk ditempatkan di PSS nanti. Hadiah menarik juga menanti kumpulan yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua pelajar tingkatan 3 yang hadir semasa aktiviti ini diadakan.

Monday, October 3, 2011

Bengkel GPM Daerah KMY 2011

Bengkel GPM daerah Kuala Muda/Yan telah diadakan di SMK Agama Yan pada 03 Oktober 2011 bermula jam 8.00 hingga 4.00 petang. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 37 orang GPM dan 7 orang Peg. Teknologi Pendidikan PKG KMY yang banyak membantu. Banyak maklumat dan bahan perbengkelan yang diperoleh dapat membantu melancarkan lagi pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Pusat Sumber Sekolah masing-masing. Semoga bengkel seumpama ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap lagi.