Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan 2011

Unit Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM KEMERDEKAAN kepada semua warga SMK Batu 17, Padang Lumat. Semoga kedatangan Syawal ini akan mewarnai kebahagiaan dan kejayaan buat semua.

Thursday, August 25, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011




Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di surau SMK Batu 17 pada hari ini 25 Ogos 2011 pada pukul 11.30 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn Hjh Nor'Ani binti Abdullah. Ustaz Ridhuan telah mengetuai acara khatam Al-quran tersebut. Seramai 30 peserta tadarus yang diadakan pada setiap pagi semasa rehat bersama guru pembimbing juga menerima cenderahati pada majlis tersebut.

Wednesday, August 17, 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011





Merdeka! Merdeka! Merdeka demikianlah laungan yang sering kita dengar sepanjang bulan Ogos dan September setiap tahun. Demi menghargai kemerdekaan dan menyahut semangat patriotisme pihak Panitia Sejarah dan sekolah telah melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos 2011 di Dataran Perhimpunan. Unit Pusat Sumber Sekolah juga menyahut seruan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di dalam dan luar perpustakaan dan bilik tayangan. Unit PSS akan mengadakan pameran bertema "BUNGA KEBANGSAAN" sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Monday, August 8, 2011

SALAM RAMADHAN

Unit Pusat Sumber mengucapkan SELAMAT BERPUASA. Semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Penyampaian cenderahati sempena bulan membaca




Unit Pusat Sumber mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. Acara penyampaian cenderahati tersebut diadakan pada hari Ahad 31 Julai 2011 yang lepas. Sebanyak 30 hadiah disampaikan mengikut acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dan semoga mendapat lebih banyak lagi penyertaan pada tahun hadapan. Terdapat juga cenderahati kepada guru yang banyak membantu pembangunan PSS sepanjang tahun 2011 ini.