Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Sunday, June 26, 2011

Kursus Asas Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah


Tanggal 27 Jun 2011 (Isnin) seramai 11 orang guru GPM/ICT menghadiri kursus asas pembinaan blog Pusat Sumber Sekolah. Semoga kursus yang dianjurkan akan dapat menambah ilmu dan pengetahuan mengenai ICT, seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Kursus di kendalikan oleh En Mohd Lukman Hidayat dari PKG Yan.

Tuesday, June 14, 2011

MTQ Pendidikan Khas KMY 2011




Unit Pusat Sumber Sekolah mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta SMK Batu 17 yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Peserta-peserta sekolah mengambil bahagian dalam acara Tilawah, Hafazan, Azan dan Nasyid. Berkat komitmen semua pihak, mereka telah berjaya mencapai kemenangan dalam acara Tilawah, Azan dan Hafazan serta nasyid. Tahniah dan semoga berjaya lagi di tahun hadapan.

Friday, June 10, 2011

Pondok MBM/MBI 2011




Uniit Pusat Sumber membantu GKM Bahasa - menyiapkan pondok MBM /MBI Jun 2011. Pondok ini menempatkan bahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk memastikan saranan KPM dilaksanakan dengan jayanya. Proses menyiapkan pondok ini mengambil masa 3 hari dan kini dalam proses meletakkan bahan maklumat BM dan BI. Bersama menyahut seruan - Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasa Bahasa Inggeris. Projek ini dibantu Guru Kanan Kemanusiaan dan AJK Kelab PSV dan Pengawas PSS 2011. Terima kasih kepada semua yang membantu...