Unit Pusat Sumber,
SMK Batu 17, Padang Lumat,
08800 Guar Chempedak,
Kedah .
Tel : 04-7695099
Email : smkbatu17.ppdkmy@gmail.com
: psssmkbatu17@gmail.com

Sunday, February 20, 2011

Merealisasi PROGRAM KILAUAN NILAM (S.T.A.R)






Unit Pusat Sumber Sekolah merasa begitu berbangga sekali kerana hari ini AHAD (20 Februari 2011), semua warga sekolah telah berjaya merealisasi impian KILAUAN BINTANG NILAM (S.T.A.R). Semua warga sekolah telah melaksanakan program ini pada jam 10.50 hingga 11.00 pagi tadi. Tidak hanya pelajar dan guru yang melibatkan diri malahan staf dan pekerja swasta sekalipun turut serta dalam program ini. Semua warga sekolah - Sit, Take And Read) bahan yang telah disediakan panitia-panitia mata pelajaran. Semoga program ini akan menjadi landasan untuk kecemerlangan dan menambahkan lagi Kilauan NILAM di SMK Batu 17, Padang Lumat

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2011




Panitia Pendidikan Islam SMK Batu 17, telah berjaya mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini iaitu Rabu (16 Februari 2011). Semua pelajar dan guru turut hadir dalam majlis sambutan berkenaan. Di samping ceramah, Panitia Pendidikan Islam juga menyelitkan aktiviti Pengkisahan Nabi, Kuiz berkaitan ceramah dan Selawat beramai-ramai.

Saturday, February 12, 2011

Majls Pelancaran NILAM, STAR dan Mentor-Mentee 2011






Unit Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Panitia mata pelajaran telah berjaya melancarkan 3 program induk untuk membantu pelaksanaan NILAM berjaya diperingkat sekolah. Pelancaran NILAM (Nadi ILmu Amalan Membaca), S.T.A.R Sit, Take And Read serta penyerahan Mentor-mentee diadakan serentak. Program NILAM iaitu program induk dibantu STAR dengan bahan bacaan disediakan panitia mata pelajaran serta mendapat bimbingan Mentor kepada Menteenya. Diharapkan pelancaran program ini akan membantu lebih ramai pelajar menerima anugerah NILAM dengan bimbingan guru.

Thursday, February 10, 2011

Majlis Perutusan Khas Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia Tahun 2011





Unit Pusat Sumber dengan kerjasama AJK Bilik Tayang dan AJK Siaraya sekolah telah berusaha memastikan Majlis Perutusan Khas Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia 2011 dapat ditonton oleh seluruh warga sekolah. Alhamdulilah berkat kerjasama semua warga sekolah siaran ini dapat ditonton dengan jelas melalui siaran langsung TV1. Banyak maklumat dan pesanan telah disampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.

Monday, February 7, 2011

Program Menambah Kunjung PSS SMKBT17 2011

Terdapat beberapa aktiviti yang dicadangkan oleh Unit Pusat Sumber SMK Batu 17 untuk menambah kunjung bagi tahun 2011 ini, antaranya :
- Jom Pi PSS
- Mari Membaca
- Kenali PSS anda
- Buletin Pusat Sumber ( 2 kali setahun) – Mei dan November
- Brosur PSS
- Hebahan Perhimpunan
- Program CAKNA NILAM
- Kempen Derma Buku
- Promosi Galak Guna PSS
- Kuiz Bulanan
- Program Radio PSSBT17
- Cabutan bertuah
- Sudut Riadah dalam PSS
- Bonus pinjaman - kupon
- Pengunjung bertuah
- Unit rangkaian (SPOT@17)
- Pameran bertema/bertopik panitia
- Kempen ‘SEMINGGU SEBUAH BUKU”
- Kem Membaca

SELAMAT BERKUNJUNG KE PSS ANDA. JIKA BUKAN ANDA SIAPA LAGI...